Dah lebih setengah tahun jugak alin x update blog alin ni... Last sekali update pasal ibu tercinta yg pergi utk selamanya.. tetapi alin tetap disini meneruskan sisa2 hidup ini.. Bak kata org, hidup mesti diteruskan.. Banyak sebenarnya yg terjadi selama alin x update blog ni.. Iman Damia pun da besar sekarang, da 6 tahun.. Selama mimi dia xda 2, alhamdulillah dia tak banyak buat perangai sbb sebelum ni dia rapat dgn mimi dia tu.. Ye la, 5 tahun juga mimi dia tu yg jaga dia slama ni.. Lepas mimi dia xda, alin kena sibukkan dia dgn mcm2 aktiviti supaya dia tak ingat sgt dekat mimi dia tu, tp kalau tiap kali dia nangis, ada juga la dia merintih2 panggil mimi dia tu..
Bawa Iman pergi jalan2 naik LRT sbb Iman selalu minta supaya bawa dia naik 'keretapi'
Pergi funfair kat kampung papa dia
Keluar makan dgn poksu dia
Teman mama pergi kenduri sepupu mama
Kalau bosan sgt, bawa dia pergi jalan2 shopping mall jer
Bawa pergi jamuan raya
Layankan je apa yg dia nak..
Bawa dia mandi manda di Lost Worl of Tambuh
Kenduri kawin sepupu belah papa
Layan kebosanan dia (mana la dia dpt penyapu nenek dia tu)
Tarian dangdut utk murid tahun 5
Ikut Iman pergi majlis konvensyen tadika dia
Jalan2 ke Zoo Negara (wlaupun ni masuk kali ke-3 pergi)
Layan dia nak mkn roti canai dgn teh tarik (mcm org tua la kakak ni)
Bawa pergi dating tengok movie (Big Hero 6) - hanya berdua
Pergi karnival upin ipin di PICC
Kalau mama kena keja ari sabtu, Iman mesti nak ikut, temankan mama kata dia (padahal nak kaco org buat kerja)
Pergi mandi manda di I-city Shah Alam (pic selebihnya, ada dlm hp papa)
Semua ni buat dalam masa setahun.. Harap Iman Damia lebih matang berfikir lepas ni.. Jadi anak yg berguna utk mama papa dan bijak pandai.. Hormat dan berkasih sayang pd sesama manusia.. Mama papa sayang kamu wahai anak..



























.jpg)






















