Thursday, September 18, 2014

Pergimu tiada ganti

Assalamualaikum mak,

Mak, da lebih 100 hari mak pergi menghadap illahi, intan disini masih tidak boleh melupakan mak, peluk cium mak, cerita2 mak, bebelan mak, bauan badan mak dan apa saja yg intan buat, intan akan ingat pada mak. Mak, skrg intan sudah hilang berkat dan kata2 semangat yg selalu intan dpt dr mak. Sudah tiada siapa nak beri intan dorongan jika intan tersungkur. Intan tanggung sendiri skrg ni mak. Cepat benar mak pergi tinggalkan intan.


"Ya Allah, hanya pada Mu aku meminta, ENGKAU tempatkanlah ibunda dan ayahanda tercintaku di sisi MU serta berikanlah rahmat MU keatas kedua mereka. ENGKAU jauhkanlah kedua mereka dari azab dan siksaan api neraka MU Ya Allah. Sesungguhnya hanya pada MU sahajalah aku memohon. Amiinn."

Mak, setiap malam, intan selalu ingatkan mak. Intan akan ingat waktu2 yg kita habiskan bersama. Waktu2 kita saling meluahkan rasa hati sampai masing2 menangis tersedu sedan. Intan teringatkan mak, bila mana mak peluk dan cium seluruh wajah intan bila intan balik menziarahi mak. Mak, intan harap mak dan abah tenang dan gembira disana. Tiba masanya intan akan menyusul mak dan abah jua. Ketahuilah yg intan sangat menyayangi mak dan abah. Hanya doa yang dapat intan hadiahkan kepada mak dan abah.








































Menyambut hari lahir terakhir bersama Mia (2013)


Wajah terakhir ketika mak ditahan di wad HTAR

Terima kasih mak diatas kasih sayang dan pengorbanan mak selama ni utk intan walaupun ketiadaan abah disisi mak, mak tetap memberikan yang terbaik utk intan. Biarlah apa saja mereka kata pada kita, intan terima dan intan sedekahkan semua pahala yg mereka beri pada intan utk mak dan abah disana. Moga pahala2 itu menjadi bekalan mak dan abah disana nanti. In Sya Allah dan hanya pada Allah S.W.T intan berserah. Amiinn..


Yang selalu menyintaimu,
Intan              



Friday, June 13, 2014

KAMU DALAM INGATAN

Assalamualaikum sahabat,

Hari ini hampir nak masuk minggu ke-3 pemergian Bonda tercinta menemui penciptanya. Dan dengan itu juga aku kini sahlah bergelar sebagai anak yatim piatu setelah Ayahanda tersayang juga pergi menghadap Ilahi 9 tahun lalu. Sungguh sedih hati ini bila mana Bonda pergi tanpa berkata walau sepatah pun kepada ku. Masih aku teringat (23/5/14) waktu nafas terakhir Bonda, akulah anaknya yang satu2nya berada disisinya, mengajarnya mengucapkan kalimah syahadah. Sepanjang malam menamankan Bonda di wad ICU kerana Bonda kelihatan begitu nazak dengan wayar berselirat diseluruh badannya. Luluhnya hati aku ketika itu. Tak sanggup melihat keadaan Bonda begitu. Aku yang merasa tersiksa. Aku yang merasa kesakitan itu walaupun Bonda sudah tidak sedarkan diri. Doktor bagitahu aku yang buah pinggangnya sudah rosak teruk, asid dalam badan sangat tinggi, dia boleh pergi bila2 masa saja. Hati aku waktu itu sangat perit, ingin aku meraung menyuruh Bonda bangun dan tersenyum pada ku seperti yang dia buat pada ku selalu bila aku pulang menziarahinya.

Semalaman aku di hospital menemani Bonda dengan harapan jika benar waktunya malaikat Izrail ingin menjemput Bonda benarkanlah barang seketika dibangkitkan Bonda ku dari tidur yang lena, ingin sangat aku bercakap, meminta ampun dan maaf, mendengar suaranya dan mendengar dia sedia memaafkan aku sedari kecil hingga aku dewasa. Tepat pukul 2 pagi, aku tidak dibenarkan masuk menemani Bonda ku lagi, terpaksa aku menunggu di ruang yang disediakan pihak hospital. Sungguh galau hati ini. Yang menemani aku ketika itu hanyalah dua orang makcik ku yaitu adik2 kepada Bonda ku. 

Tepat pukul 7 pagi (24/5/14), jururawat memanggil ku, sekali lagi dia memberitahu situasi Bonda ku, bukan perkabaran gembira yang aku terima seperti dalam drama2 melayu yang aku tonton, doktor beritahu yang keadaan Bonda sangat kritikal, denyutan jantungnya semakin berkurangan, doktor sarankan aku membisikan kalimah shahadah dan membacakan yasin disisinya. Air mata jatuh dengan deras, kecewa hati ini bila tidak dapat melihat Bonda tersenyum dan bercerita pada aku lagi. Dari sisi katil aku membisikkan kalimah Agung ke telinganya, sehinggalah aku bergerak dekat diatas kepalanya kerana aku takut Bonda tidak dengar suaraku yang putus2 menahan air mata. Masih aku tercium bau harum rambutnya, hingga terdetik dihati "mungkin sebelum Bonda jatuh pengsan, Bonda sudah cuci rambut dia, rambut yang aku paksa potong pendek itu". "begitu sayang Bonda dengan rambut dia yang panjang hingga ke punggung itu dan aku paksa dia potong untuk mudahkan diri dia jika terpaksa bermalam di hospital nanti". Sepanjang waktu itu mulut aku tidak putus2 mengucapkan syahadah ditelinga Bonda ku.

Dan pada waktu yang telah dijanjikan dengan Ilahi, pada pukul 8:14 pagi, Bonda menghembuskan nafas terakhirnya di sisi aku, masih aku terasa ditangan ku  hangatnya air mata Bonda waktu itu. Air mata terakhirnya. Aku sangat berharap waktu itu, apa yang aku lalui hari itu adalah mimpi semata2. Segeralah aku bangun dari mimpi ini. Tapi rupanya ianya adalah rialiti yang terpaksa aku lalui. Aku seorang yang ada disisinya sedangkan Bonda ada lagi 3 orang anak yang lain. Aku tak kisah kemana mereka, aku hanya kisahkan Bonda aku. Tolonglah Bonda, kembali kepada anakanda. Aku tersedar bila doktor minta aku ketepi kerana dia nak periksa nadi Bonda aku. Waktu itu baru aku tahu yang aku bukan bermimpi ketika ini. Bila doktor beritahu waktu kematian Bonda, fikiran aku juga pergi mengikut roh yang malaikat Izrail ambil tadi. Lemah seluruh tubuh aku ini. Kosong fikiran aku. Kenapa Bonda pergi meninggalkan anakanda cepat begini? Belum sempat anakanda membalas jasa Bonda. Lagipun Bonda kan telah berjanji dengan anakanda yang Bonda akan tunggu hingga rumah anakanda siap dan Bonda akan duduk dengan anakanda? Kenapa Bonda memungkirinya? 

"Bonda, anakanda sangat menyayangi Bonda, sekejap sangat Bonda bersama anakanda, anakanda hanya dapat merasa kasih sayang Bonda selama 26 tahun saja Bonda. Kenapa Bonda pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada anakanda? Kenapa Bonda taknak tunggu anakanda? Bonda, anakanda tak sempat nak bagi buah tamar yang Bonda minta anakanda belikan 2 minggu sebelum itu. Anakanda tak sempat nak bawa Bonda berjalan di tempat sejuk seperti yang Bonda inginkan. Anakanda belum sempat nak beri Bonda cucu lelaki. Kenapa Bonda tinggalkan anakanda? Sekarang hidup anakanda kosong Bonda. Anakanda sudah tidak ada tempat mengadu nasib, bergurau senda, menangis bersama lagi Bonda. Anakanda sunyi Bonda. Anakanda selalu teringatkan Bonda. Aidilfitri yang akan datang ini, anakanda tidak tahu nak beraya macam mana walaupun anakanda masih punyai mertua. Mungkin juga masa itu, anakanda akan tersangat merindui rendang ayam dan kari daging air tangan Bonda. Anakanda akan terbayang kita sama2 mengayam ketupat, sambil mulut Bonda pot pet pot pet menyuruh anakanda tukar langsir. Anakanda akan merindui semua itu Bonda. Mungkin sampai mati anakanda akan merindui waktu itu. Merindui Bonda."

Sekarang bila Bonda sudah tiada, rutin anakanda hanya dapat sedekahkan Al-Fatihah pada Bonda, Ayahanda dan Kekanda. Tiap malam sebelum mata ini tertutup, anakanda akan berkata2 sendiri, "Ayahanda, Kekanda, sudahkah Ayahanda dan Kekanda menemui Bonda disana? Berjanjilah pada anakanda yang Ayahanda dan Kekanda akan menjaga Bonda disana, tolong jangan biarkan Bonda disiksa disana. Anakanda akan selalu mendoakan untuk kalian disana". " Bonda, Ayahanda dan Kekanda, maafkan diri ini dari kecil hingga diri ini sudah mampu berdikari. Bonda, maafkan anakanda dunia dan akhirat, halalkan susu, makan, minum dan perbuatan anakanda pada Bonda selama hayatmu masih ada. Jasa dan pengorbananmu tidak akan anakanda lupakan hingga diri ini menemuimu disana nanti. Terima kasih Bonda, terima kasih Ayahanda".

                                                                                                    Menyintaimu hingga kepintu Syurga,
                                                                                                                  ANAKANDA, INTAN


Tuesday, April 22, 2014

My Birthday

As salam guys, Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup. Pada 18 April baru2 ni sekali lagi usia iols meningkat. Huhu ^_^.. Iols nk ucapkan terima kasih kepada semua rakan rakan di tempat kerja iols coz sudi nak celebrate bday iols.. Huhu~~ Terharunye T_T..
Caramels kek

Appy beday to me~~

Dpt 2 card from my bos & my colleagues

Tq all.. huuuu T_T.. da tua upenye~

Wednesday, April 16, 2014

Cameron Highlands Trip 2

Hallooo.. jumpe lagi kite ye.. ni ha,iols nk sambung masa pergi cameron hari tu..huhu~

*lepas g ladang teh boh 2,kami singgah di BEE FARM tp kan,tak mcm farm pun.. nk masuk ke tempat 2 pun kne kunci..so x bole masuk nk tgk bee 2.. sedey~

Gugirl tgk mamanye bgambo dgn bunga,dia pn nk jgk

Geram iols tgk bunga2 yg kembang mcm iols tuh..huhhh..

*no caption - signGEDIK

suka iols amik gmbo dgn anak dara iols tuh.dia mmg memeriahkn keadaan

*huh~berjalan je la kami satu hari 2. Time ni kami di TAMAN RAMA2. Banyak rerama sedang beterbangan mencari pasangannyeeee~

2nd Day at Cameron Highlands

Anak dara iols 2 muke ketat je bila org len amikkn gambo

Taman lavender

Cantikkn anak dara iols amik gmbo ni..huhu~

Sesaje nk buli papanye suh amik gambo byk2

nmpk x gemuknye kami disitu..wahaha~~

kuda dalam kedai,memasing amik turn nk bgambo

terserlah keoveran posing incik hubby

incik hubby pn teringin jgk

duduk dalam uma kotak sambil layan ais krim lavender,nyumm2~mmg sedap..

*sebelum iols blik,kami singgah dulu ke tempat2 yg x sempat nk singgah before this. Mase ni kami di GREEN VIEW GARDEN. Port ni bdk2 bikers slalu singgah minum2..memang relax hbs..

musim cendawan sudah tibe~~

xtau cendawan kuning 2 ape?

nk amik gmbo tp diorg kt sne baru je tuai cendawan2 2..

*singgah lagi~da lupa apa nama tempat ni tapi iols perasan ada sign board nama MUALAF CAFE. Kat sana ada jual cendawan fresh,diorg ad jgk jual strawberry yg besar2 punye tp iols x smpat nk amik gmbo coz da selamat sampai dlm perut..huhu~tak tahan beb...

cactus yg sangat cantek...

sempat lg angkut 2 3 pasu pokok bunga..huhu~~

*singgah~ KAKTUS FARM angkut 2 3 pasu tp takut nk bela coz kite bkn kaki cucuk tanam..tp xpe,bole try..kannn~~

petik..petik..

jgn x petik..huhu~~

*mase otw balik,sempat lagi suh incik hubby benti tepi jln amik pokok orkid liar yg segar subur di tepi jln..huhu~sorry ye en pembandaran or whatsoever,x tahan tegok come2 meke bkembang mekar..huhu~

Jadi itulah short vacation kami yg langsung memang tak dirancang,walaupun tak dirancang,tapi tetap seronok dapat luangkan masa dengan incik hubby dgn baby gurl iols 2..

Tuesday, April 15, 2014

Cameron Highlands Trip 1

Assalamualaikum uols, hehe.. lamenye tak update blog alin ni.. nampak tak kat atas 2,huiiihhh~galaknye lelabah mencipta sarang dan beranak pinak di blog iols ni..

Setelah sekian lamanya alin tak update blog,so ari ni tpanggil nk tulis sesuatu..

CAMERON HIGHLANDS TRIP with incik hubby n only one gugirl iols tu~

Anak dara iols ni mmg suke kacau iols *nakal manje,bg adik kang tau la..huhu~~

Seteleh lama memujuk,dpt ler jgk skeping gmbr yg cun

Incik hubby pun sebok nk bgambo

Haa~ni hasil tangan anak dara iols..huhu~~


gambo ni mat nepal kt sne yg amikkn

budak gedik papa,huh~nyampah ^_*

*gambar sume kat atas ni mase kami baru sampai n 1st destination di CAMERON LAVENDER,bunga2 sume sedang kembang dgn jayanye.. santekkk sangat~~


Dikelilingi bunga2 rose yg kembang  bermangkuk2

haa~tgk la 2,ade je aksi nakal anak dara iols ni

1 lg ayak tgn ank dara i~

tgk 2..tgk 2..jgn dipaksa katanya~

ni pun budak kecik 2 yg amikkn

*yg ni pula mase kami singgah di MARDI,klu ikutkn nk ketempat lain tp alang2 da lalu,singgah je ler~


taarraaaaa...

time ni bkn excited coz dpt tgk ladang teh tp dok sebok masing2 tgk pengantin chinese wat fotoshoot..

peace no war.. hehe..

tgk la..ade aje aksi boboiboy dia 2..padahal gegirl

begambo sebelum naik ke BOH Cafe atas bukit

over.! tengok hubby iols,sempoi dok pakai trek-suit je..

* after MARDI, kami singgah ke Ladang Teh BOH.. Sejuk mata iols melihat sekeliling..*signGEDIK*

OK....nanti sambung lagi ye,iols nk wat kje sikit,al-maklum la..iols kat opis lagi ni..wawahahaha...