Tuesday, October 29, 2013

I'm coming Malacca

As Salam.. hey guyz...... Rasenye da lame alin tak post kat sini. So last weekend alin pergi melaka dengan bonda dan abang alin, incik hubby tak ikut coz ada kerja.. Nak pergi tu pun tak rancang sebenarnya, saja saja sempena nak sambut hari jadi bonda.. So bila incik hubby tak ikut, sepanjang perjalanan tu alin juz guna GPS jer ler.. huhu~ tak tahu jalan punye pasal.. Tapi sampai jugak tau.......... heee~~

Tak syok nak bejalan coz hujan.. musim la katakan~

Ni abang panggil kapal 'bodo' coz katanye kapal ni diorg letak atas tanah..

incik hubby takde, incik TUAH pun jadi la~

bosanye sauh kapal~

Monday, October 21, 2013

Blood donation

As salam, ni cerita masa ahad semalam, sebenarnya da lama saya aim kat mane ade tempat untuk derma darah. So jumaat sebelum tu da penat cari kat tenet, alhamdulillah dapat pun ikuti di 1 laman web ni. Ahad tu misi pun bermula dengan memujuk incik hubby untuk temankan saya pergi ke Giant hypermarket Bandar Kinrara Puchong, nasib incik hubby tak banyak songeh sangat. Sampai je di Giant tu, saya terus ajak incik hubby makan dulu coz perut da lapaq sgt. Lepas isi perut, misi utk mencari tempat dimana majlis itu berlangsung~
Haa.. ni dia...Nebès la jugak mase nak cocok..

Nak tau nape nurse tu dok tunggu tepi saya? Coz darah tak mo kluar la plak..

Huh~~ kanan taknak kluar ye, meh cni tarah belah kiri plak.. baru nak kluar kan~

Ni la hasil bila darah tak mo kluar.. sakik noq~

Jadi selepas 3 tahun memberi derma.. saya sangat gembira melakukannye wlaupun ade ckit perasaan gerun..


Jadi pada anda yang nak derma darah, sila lihat jadual di http://www.pdn.gov.my/index.php?option=com_jevents&view=month&task=month.calendar&Itemid=208&lang=en mereka akan update website ni setiap masa. Dan tolonglah derma darah kerana darah di negara kita memang tidak mencukupi. Sekian.. Dermalah Darah untuk Negara.!!

Taman metropolitan

As salam guys, hmm, last 2 week saya & incik hubby ade bawa iman ke taman metropolitan after balik dari kenduri kahwin kawan saya 1 opis dulu di bandar sri damansara. Masa gerak dari umah kenduri pun da dekat pukul 3pm & incik hubby pun dah pening lalat tak tahu nak bawa kami kemana utk jalan jalan, so alang alang da dekat kepong tu, kami singgah la kat taman ni. Ala.. tempat orang ramai main layang layang tu.. masa kami sampai awal tu memang tak ramai orang, after pukul 5pm tu baru orang ramai membanjiri tempat tu..
Incik hubby kite ni pun sebok nak naik layang layang, orang len yg mintak,org lain yg main..

iman yang sebok dengan angrybird bubble balloon-nye

So, kalau u ollz nak pergi beriadah 1 family, saya cadangkan pergilah taman ni coz, kat sana bukan saje u ollz boleh main layang layang, tapi ade jugak aktiviti lain yang u ollz bole buat seperti main roller blade ( kena sewa tau ), picnic tepi tasik yang luas, jogging, and dekat situ ade taman permainan yang bole tahan besar jugak untuk kanak kanak riang bermain main. jika lapar atau haus, kat sana juga ada disediakan pasar pasar mini, macam macam adaaa..... memang dekat sana puas hati la kalau nak bawa family beriadah..

Jadi, kalau ada masa tu bawak la mak, ayah, anak, keluarga ke sana, takda la kalau hari cuti je kite dok teperap kat uma. ok, nak map bole tengok ni https://maps.google.com/maps?q=taman+metropolitan+selayang&ie=UTF-8&ei=NIZkUvGsEs2zrgeu64CIDw&ved=0CAgQ_AUoAg

Wednesday, October 16, 2013

Nice dress

Sedang syok syok bebélék  FB tadi sekali terpandang 1 post kawan ni..

Santeknyee dress diaaa.. kita pun nak macam ni satu.. rasanya tailor mana yang ada buat design macam ni ye? Teringin nak pakai.. Hmm..nanti nak cari la kat area puchong. harap harap ada lah yang buat design gini.. [ mengharap dengan penuh pengharapan ]

Old School

As Salam guys.. Ok, last Saturday saya ikut incik hubby pegi cari air-cond untuk umah kami, cari punye cari kat puchong 2 sume tak kena dengan budget kami. So mula la operasi mencari di internet, and than dapat la kat 1 kedai ni, nama kedai ni menarik, simple je nama dia 'barter', kedai ni dekat bandar puchong betul betul belakang hong leong bank, so kalau da nama barter mesti u oll tau kan, benda ni kita dengar masa zaman dulu dulu je coz masa tu belum ada lagi sistem mata wang, so bila orang nak beli sesuatu barang, kita kena tukar barang kita dengan barang orang lain contoh : saya nak beli beras pada A, saya ada gandum, so saya bawa gandum saya untuk tukar dengan beras A, tu yang dinamakan sistem barter ( tukar barang ). tapi kedai ni bukan ade barang terpakai je, mereka ada jugak jual barang baru, 1st time masuk kedai ni memang rasa tak yakin coz satu kedai ni besepah, barang sampai atas jalan, jalan tuk kitorang nak masuk pun memang cukup cukup utk sorang masuk je.. bila dah sampai kedai and tengok keadaan kedai tu, incik hubby mula mempersoalkan "betul ke ni kedainya?", "awak yakin ke?", "takpa,kita tengok dulu macam mana", so kami pun masuk la, sedang incik hubby berbincang dengan tauke kedai tu, saya pun dengan selambernye melantik diri saya sebagai pegawai pemeriksa, haha.. lihat punya lihat, saya ternampak 1 benda ni, benda ni sangat sangat lama kalau nak ikutkan, ingat saya ni ada masa zaman kakak saya baru nak 'up'..haha..

Ni dia kamera kodak jenama Canon Sure Shoot caption Zoom, kamera ni masih berfungsi dengan baik sekali, tak rosak or saja nak dibuat perhiasan. Nampak dengan mata saya masa tu macam baru je~~ yang bestnye kamera ni pakai kodak & bateri yang AA tu la..kalau nak ikutkan kamera ni dikeluarkan pada September 1989 iaitu setahun selepas saya dilahirkan.. haha.. memang rare la sape yang guna kamera ni sekarang..

So bila dah sedap sedap hati saya dok snap snap kat kedai orang, incik hubby pun bagitahu yang dia amik air-cond jenama Haier, ok la harga pun murah je dalam RM900++ siap upah pasang. So after this umah tu tak la panas sangat kalau nak tidur petang.. hehe.. anyway thanks to incik hubby coz begitu prihatin dengan cik wife dia ni..

  • saya masih ingat, saya ada tanya tauke kedai tu, betul ke kedai ni seperti nama dia iaitu 'barter', tauke tu cakap memang begitu kerana semua orang dalam dunia ni bukan orang senang, jadi dia buat kedai macam ni untuk orang yang susah untuk beli barang baru, sebab tu semua barang kat kedai ni besepah sepah.
p/s: ada lagi manusia macam ni, masih berfikir untuk kesenangan orang lain. 5 STAR untuk uncle tauke..


Lepas ni nak buli incik hubby pulak, selepas umah besepah akibat pemasangan air-cond..tunggu entry yang lain ek.. bubye guyz..

Friday, October 11, 2013

Kurcewa~

As salam guys~~ hari ini rasa sangat kecewa bila mana esok merupakan tarikh walk in interview bagi jawatan cabin crew yang dibuat oleh pihak MAS.. yang kecewanya sebab salah satu kriteria yang diperlukan oleh mereka tidak ada pada saya.. korang mesti nak tau kan.. saya ni tak cukup ketinggian yang mereka perlukan iaitu 157cm, tinggi saya cuma 153cm je.. huaaaww~~ baru nak berangan angan pakai baju kebaya stewardess yang cantik 2 + kasut heel 4 inci & berangan angan naik kapal terbang.. hurmm.. ape bole buat~ redha je ler~~(ayat x berapa nak redha sebenarnya-hehe-).. takpe la, maybe ada rezeki kat tempat lain.. hope my beloved Allah akan buka pintu rezeki untuk saya.. so pada sesiape yang nak pergi walk in interview sebagai cabin crew Malaysia Airlines bole la pergi ke Akademi Malaysia Airline di Kelana Jaya pada tarikh 12 oktober 2013 bermula dari jam 8.30am sampai la 12.00pm, syarat syaratnya seperti biase la ; 

  • umur dari 18-35 tahun sahaja
  • tinggi lebih dari 157cm bagi perempuan ( bende ni la yg buat aku x dapat join )
  • tahap pelajaran minimum : SPM ( kena pass dalam bahasa Melayu & credit dalam English )
So klu nak tahu keterangan yang lebih lanjut boleh la pergi ke page ni  http://ping.busuk.org/v/217252/temuduga-terbuka-cabin-crew-malaysia-airlines-september-2013.html

saya bukan tak nak share tapi takut terover kecewa.. huhu.. ( nangis mak, nok )

Ok, itu je untuk kali ini.. see you later.. bubyeee..

Thursday, October 10, 2013

Hujan lebat + guruh di langit

As salam.. hari ni da start bekerja seperti biase.. still not feeling well but terpaksa kerahkan kudrat yang ada utk pergi bekerja..so rutin hari ini seperti sebelumnya tp yang tak tahan bila tiba waktu petang, hujan lebat berserta guruh yg bedemtam demtum dilangit.. dalam opis ni da mcm dalam freezer da rasanya.. sejuk kemain lagi.. nasib tak dibawa blanket bersama, kalau tak memang zzZzz lah jawabnya kat opis ni.. da tu yang menjadi masalahnya adalah lagi 2jam masa untuk balik tapi adakah hujan ni akan reda keranaaaaaa..... saya datang kerja bersama motosikal... huarrgggg~~~ ~_~" nasib la badan kalau hujan ni tak berhenti lagi..

Wednesday, October 9, 2013

Alergi ke ??

As salam.. hurmm.. After 1 week pergi honeymoon.. ni la dapatnye.. tah alergi ke ape tah.. pastu dapat pulak migrain, tak pasal2 amik MC 1 day half.. huaarrrgg.. nasib ade incik hubby yang sangat memahami.. ni yang seronoknya bila dah berkahwin. Bila bonda jauh di mata, incik hubby la yang menjadi galang gantinya, yang akan bersusah payah tapau nasi, beli ubat, picit mana2 yang patut.. Thanks incik hubby diatas keprihatinan mu itu.. cik wife awak ni sangat menghargainya..

Tuesday, October 8, 2013

Surprise for him

Halloo.. jumpe lagi, so nak sambung entry semalam.. bila da syok2 incik hubby kite ni bercuti, dia ni pun tak tahu yang saya ade buat kejutan untuk dia.. da nama pun surprise kan, so malam 2 tuk dinner dengan selamber badaknya kami pergi dinner pakai T-shirt & seluar track suit..huhu~ masa pergi ke kaunter tuk bagitahu staff diorang 2, incik hubby da terpinga - pinga coz orang kaunter 2 cakap "oh Pn Azlin,Candlelight dinner kan.? Ok jom ikut saya".. so plan seterusnya...........

makan mcm 10 orang. penuh 1 meja..

tengok la aksi dia nak amik gmbr dgn candle 2.. over you..

i pun nk pose jugak..hee..


sooo... surprise yang paling best bila 1 cafe 2 nyanyi lagu happy birthday pada incik hubby, dia mmg terdiam tanpa bersuara apa pun. "sebenarnye tengok mcm nak nangis pun ade..hehe.." sorry incik hubby coz buat awak terkejut..



And after 3D2N kat sane, kami pun pulang.. kami bawak keta je tau, keta tinggal kat jeti kuala besut, parking tempat selamat siap berpagar,bayar pun not bad la.. 1 ari 7 hinggit shj.. and bila sampai jeti pun ape lagi.... TIME TO SHOPPING..!!
i love perhentian island

"sama tak baju kami.." bertuah sungguh incik hubby kita ni nak pakai baju sama color & design, kalau tak mmg harapan la nak tengok..

singgah ke kuala terengganu..

kita shopping di Pasar Payang jap - incik hubby da pening sebenarnya 2 dok melayan cik wife dia ni..


singgah isi perut di Pantai Batu Burok.. view nya mmg cantekk..

da habis baru nak amik gambar, pape tah..huhu..

pekena sotong & udang celop tepung time2 petang cenggini mmg syok + air kelapa aiskrim.. yumm.yumm..


Jadi itu saja percutian kami ke Terengganu Darul Iman.. nak cite lebih pun tak guna, bek kamu pergi sendiri & nikmatinya sendiri.. ok.. sehingga berjumpa lagi.. bubyee...

Monday, October 7, 2013

My honeymoon trip

Last month saya pergi honeymoon after 4 months berkahwin. Nasib pergi bukan waktu cuti sekolah, kalau tak memang saja nak semakkan diri kat tempat orang ramai. So, this is my first vacation with my hubby, I fill so excited. Kami pilih pulau perhentian besar di Terengganu sebab my hubby suka dengan laut walaupun saya tak gemar sangat. Hehe~. So nak share some pics untuk you all yang nak bercuti di sana..
my hubby da bersiap tuk nek bot


standby nk gerak, pose ckit..

ni chalet yg kami duduk

coral view island

sampai je trus jejalan

ok, cari ikang

pose ckit dpan pintu masuk..

tempat ni mmg sangat cantik












haa.. tak larat dah nak upload bebanyak.. huhu.. buat masa ni, ni je yang ade.. pic masa snokling ade dalam camera lagi satu, so malas nak cari.. kalau you all nak bercuti disana saya sangat galakkan, tempat sangat best dan tenang.. memang sesuai tuk orang2 yang nak becinta ni..ok..

p/s : nanti dulu, ade lagi sambungan pic ni..tunggu next post ok.. bubye..