As Salam guys.. Ok, last Saturday saya ikut incik hubby pegi cari air-cond untuk umah kami, cari punye cari kat puchong 2 sume tak kena dengan budget kami. So mula la operasi mencari di internet, and than dapat la kat 1 kedai ni, nama kedai ni menarik, simple je nama dia 'barter', kedai ni dekat bandar puchong betul betul belakang hong leong bank, so kalau da nama barter mesti u oll tau kan, benda ni kita dengar masa zaman dulu dulu je coz masa tu belum ada lagi sistem mata wang, so bila orang nak beli sesuatu barang, kita kena tukar barang kita dengan barang orang lain contoh : saya nak beli beras pada A, saya ada gandum, so saya bawa gandum saya untuk tukar dengan beras A, tu yang dinamakan sistem barter ( tukar barang ). tapi kedai ni bukan ade barang terpakai je, mereka ada jugak jual barang baru, 1st time masuk kedai ni memang rasa tak yakin coz satu kedai ni besepah, barang sampai atas jalan, jalan tuk kitorang nak masuk pun memang cukup cukup utk sorang masuk je.. bila dah sampai kedai and tengok keadaan kedai tu, incik hubby mula mempersoalkan "betul ke ni kedainya?", "awak yakin ke?", "takpa,kita tengok dulu macam mana", so kami pun masuk la, sedang incik hubby berbincang dengan tauke kedai tu, saya pun dengan selambernye melantik diri saya sebagai pegawai pemeriksa, haha.. lihat punya lihat, saya ternampak 1 benda ni, benda ni sangat sangat lama kalau nak ikutkan, ingat saya ni ada masa zaman kakak saya baru nak 'up'..haha..
Ni dia kamera kodak jenama Canon Sure Shoot caption Zoom, kamera ni masih berfungsi dengan baik sekali, tak rosak or saja nak dibuat perhiasan. Nampak dengan mata saya masa tu macam baru je~~ yang bestnye kamera ni pakai kodak & bateri yang AA tu la..kalau nak ikutkan kamera ni dikeluarkan pada September 1989 iaitu setahun selepas saya dilahirkan.. haha.. memang rare la sape yang guna kamera ni sekarang..
So bila dah sedap sedap hati saya dok snap snap kat kedai orang, incik hubby pun bagitahu yang dia amik air-cond jenama Haier, ok la harga pun murah je dalam RM900++ siap upah pasang. So after this umah tu tak la panas sangat kalau nak tidur petang.. hehe.. anyway thanks to incik hubby coz begitu prihatin dengan cik wife dia ni..
- saya masih ingat, saya ada tanya tauke kedai tu, betul ke kedai ni seperti nama dia iaitu 'barter', tauke tu cakap memang begitu kerana semua orang dalam dunia ni bukan orang senang, jadi dia buat kedai macam ni untuk orang yang susah untuk beli barang baru, sebab tu semua barang kat kedai ni besepah sepah.
p/s: ada lagi manusia macam ni, masih berfikir untuk kesenangan orang lain. 5 STAR untuk uncle tauke..
Lepas ni nak buli incik hubby pulak, selepas umah besepah akibat pemasangan air-cond..tunggu entry yang lain ek.. bubye guyz..
No comments:
Post a Comment